Sebahagian dari kandungan halaman web ini adalah dalam bentuk PDF. Untuk melihat kandungan tersebut anda memerlukan Adobe® Acrobat® Reader versi 5.0 (Win 98) dan versi 7.0 (Win XP).
salam..disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu daripada sebuah buku yang bertajuk "anda berhak hebat" daripada Md Taib Mat.Buku ini amat baik untuk dibaca sebagai suatu input kepada diri sendiri tentang keyakinan dan kepercayaa terhadap diri sendiri.Walaubagaimana pun,apa yang saya kongsikan disini adalah tentang "3 teras ke arah perubahan yang mantap" yang dapat dilihat dalam buku tersebut pada halaman 63-65.Untuk pengetahuan semua,setiap perubahan yang kita inginkan mestilah bermula dengan kepercayaan diri yang kuat bahawa perubahan boleh dilakukan.Tidak ada yang mustahil.Jika manusia lain boleh melakukannya kita juga boleh melakukannya.Terdapat 3 kata kunci utama untuk berubah iaitu pertama, saya boleh berubah, kedua, saya mesti berubah, ketiga, hanya saya yang oleh mengubahnya.Ketiga-tiga kata kunci ini mempunyai definisi tersendiri yang perlu kita fahami. "Saya boleh berubah", katakan sebanyak mungkin yang anda boleh berubah.Ia akan menguatkan kepercayaan dalaman diri anda untuk lebih percaya kepada diri sendiri.Pernyataan "boleh" adalah suatu dorongan yang melonjakkan diri anda untuk melakukan sesuatu.Katakan berulangkali frasa ayat "saya boleh berubah",ia akan menjadi rangsangan minda anda untuk berubah. Seterusnya "saya mesti berubah",laungkan dengan penuh keinsafan dan keyakinan.Ini adalah suatu keputusan diri yang hebat.Anda memutuskan untuk melakukan perubahan pada diri anda.Apabila perkataan ini diluahkan daripada lidah anda,ia umpama mata pedang yang tajam dapat memotong apa jua bentuk halangannya.Kata-kata ini menggerakkan anda untuk melakukan tindakan demi tindakan untuk menuju perubahan. Yang terakhir iaitu "hanya saya yang boleh mengubahnya" adalah teras ketiga kearah perubahan diri yang mantap.Anda hendaklah sentiasa menyedari bahawa hanya diri anda sahaja yang boleh melakukan apa yang anda ingin lakukannya dengan terbaik.Jangan mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk mengubah diri tetapi hanya diri sendiri yang dapat memberi makna terhadap keupayaan diri untuk berubah.Justeru,untuk berubah kita perlu melihat diri kita sendiri dan tidak perlu melihat orang lain untuk mengubah diri kita.Hanya kita seorang yang mampu membuat perubahan dari segala segi untuk memiliki diri yang terhebat.
Penafian : Penyelidik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.